Thursday, March 4, 2010

Tulis dan Menang ariffshah.com

Thursday, March 4, 2010
Salam semua

 
Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my & myliriklagu.com

 Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog ariffshah.com

 ********************************************************************************************

 


Blog 1dboyz adalah sebuah blog kelab remaja Islam Fasa 1D, Seri Manjung, Perak. 1dboyz ini telah diwujudkan pada tahun 2005 dan telah aktif sehingga kini. 1dboyz juga adalah dibawah naungan Biro Pembanggunan Belia dan Remaja Surau An-Nur Fasa 1D yang dikendalikan oleh cikgu Shuhaili. Terdapat dua orang penulis untuk blog 1dboyz ini iaitu saudara Faris dan Fadzil. 

Secara am nya, blog 1dboyz ini diwujudkan adalah untuk menceritakan kepada para pembaca mengenai aktiviti-aktiviti yang telah mereka jalankan. Aktiviti-aktiviti besar seperti perkhemahan, kem motivasi, ekspedisi dan lain-lain aktiviti besar akan mereka kongsikan kepada semua para pembaca blog 1dboyz ini. Bukan sekadar aktiviti besar, mereka juga akan ceritakan kepada para pembaca mengenai aktiviti-aktiviti sampingan yang mereka jalankan seperti jamuan geng-geng 1dboyz, waterfall explorer, jalan-jalan Lumut dan Pangkor, berkelah, dan macam-macam lagi aktiviti yang menyeronokkan. Selain itu, di dalam blog 1dboyz ini juga, pasukan futsal mereka iaitu fc 1d boyz akan ceritakan match highlights kepada para pembaca juga.

Blog 1dboyz ini bukan sekadar menceritakan aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan. Blog 1dboyz ini juga merupakan sebuah blog tarbiyah dimana mereka akan menyampaikan dakwah islamiah kepada diri mereka dan juga para pembaca semua. Mereka akan menceritakan kepada para pembaca mengenai Islam, kisah-kisah para anbiyaq, cerita-cerita yang memberi pengajaran dan taladan, hadis-hadis nabi dan segala aspek dalam membentuk insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah sbt. Mereka akan cuba semaksimumnya dikaitkan dengan kehidupan dan tarbiyah.

Selain menyampaikan dakwah Islamiah, blog 1dboyz ini juga akan menceritakan mengenai isu-isu semasa yang sedang hangat diperkatakan di dalam negara mahupun di luar negara. Mereka akan mengupas satu persatu mengenai isu semasa ini disamping meminta pendapat daripada para pembaca juga. Di dalam blog 1dboyz ini juga, terdapat beberapa artikel mengenai teknologi masa kini. Segala gadjet atau teknologi-teknologi baru akan mereka kongsikan di dalam blog 1dboyz ini. Untuk menghilangkan rasa tekanan yang dialami segelintir para pembaca, blog 1dboyz juga ada cerita-cerita lucu yang dapat mengubat rasa terkanan para pembaca. Cerita-cerita lucu ini bukan sekadar lawak semata-mata tetapi terdapat pengajaran disebalik lawak yang disampaikan.

Kesimpulannya, blog 1dboyz adalah sebuah blog yang padat dengan info-info yang berguna. Mereka bukan sekadar menyampaikan dakwah Islamiah malah berkongsi maklumat-maklumat lain kepada para pembaca. Aktiviti-aktiviti yang mereka jalankan juga cukup menarik dan dapat mengisi masa lapang para remaja. Mari sama-sama kita lawat blog 1dboyz ini. Sekian, wasalam....

Divided We Fall, United We Stand