Wednesday, September 9, 2009

Mencari Malam Lailatul Qadar

Wednesday, September 9, 2009
Ummah diminta pertingkat ibadat 10 malam terakhir Ramadan untuk ganjaran berganda
 -
ADA satu malam rahsia yang amat istimewa pada Ramadan tetapi waktu sebenar berlakunya malam itu dirahsiakan Allah SWT daripada pengetahuan manusia.
 -
Pada malam itu, ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.
 -
Malaikat Jibril bersama malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap manusia yang beribadat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam itu dan Allah menyatakan kepada malaikat bahawa doa yang dipohon kepada-Nya ketika itu akan dimakbulkan.
 -
Lebih istimewa adalah ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan seperti firman-Nya:
“Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ketiga).
Pada malam lailatul qadar itu juga, Allah memberikan nilai keampunan yang terlalu tinggi untuk hamba-Nya yang beribadat seperti sabda Rasulullah SAW:
“Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Demikianlah antara gambaran betapa istimewanya malam lailatul qadar, suatu malam paling mulia dan berkat yang berlaku hanya sekali dalam 365 hari, setiap tahun. 
 -
Pensyarah Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Roslan Mohamed, berkata malam lailatul qadar adalah anugerah utama Allah SWT khusus kepada umat Nabi Muhammad SAW saja malah berlaku pula hanya pada Ramadan dan tidak pada bulan lain.
-
“Mengikut Imam Malik, sejarah malam lailatul qadar bermula apabila Nabi Muhammad SAW sedar yang usia umat Baginda tidak sepanjang usia umat terdahulu, hanya antara 60 tahun hingga 70 tahun, malah Rasulullah SAW sendiri wafat ketika usianya 63 tahun.
-
“Menyedari hakikat itu, Rasulullah berdoa kepada Allah SWT memohon supaya umatnya dapat beribadat sama dengan nilai ibadat umat terdahulu lalu disebabkan kasihnya Allah SWT terhadap baginda, Allah SWT mengurniakan malam lailatul qadar,” katanya.
-
Imam Qurtubi pula menjelaskan bahawa dikurniakan malam lailatul qadar itu sebagai tanda cintanya Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan umat baginda melebihi umat lain dan dikurniakan malam istimewa itu juga bagi menghiburkan hati Rasulullah SAW.
 -
Bagaimanapun, suatu perkara yang sering diperdebatkan ketika membicarakan soal malam lailatul qadar adalah pada malam bilakah ia akan berlaku?
-
“Hakikatnya tiada siapa mengetahui bila malam lailatul qadar akan berlaku termasuk Nabi Muhammad sendiri. Dalam satu kisah yang diriwayatkan Imam Muslim, diceritakan yang Rasulullah hampir memberitahu sahabat mengenai waktu berlaku lailatul qadar tetapi akhirnya tidak kesampaian,” katanya.
-
Selepas kerap ditanya sahabat, Allah SWT akhirnya memberi wahyu kepada Rasulullah dengan menerangkan bilakah berlakunya malam lailatul qadar.
-
“Selepas menerima wahyu daripada Allah SWT, Baginda berjalan untuk menemui sahabat bagi memberitahu tanda berlakunya malam itu. Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan, Baginda menemui dua sahabat yang sedang bertengkar.
-
“Baginda kemudian sibuk meleraikan pertengkaran dua sahabat itu dan akhirnya Rasulullah SAW terlupa tarikh atau masa malam al-Qadr seperti diwahyukan Allah,” katanya.
 -
Roslan berkata, kalangan ulama berpendapat bahawa antara hikmah terlupanya Rasulullah SAW akan tanda-tanda malam lailatul qadar adalah supaya manusia berusaha sendiri mencari malam berkenaan.
-
Ulama silam, Syeikh Ahmad Abduh yang turut berpandangan sedemikian menyebut bahawa Allah hanya memberikan hidayah kepada mereka yang berusaha mencarinya sekali gus menggambarkan yang malam lailatul qadar hanya akan diberi kepada mereka yang ikhlas beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan.
 -
Ulama lain pula berpendapat yang dirahsiakan malam 1,000 bulan itu kerana membabitkan persoalan ketentuan qada dan qadar Allah SWT.
-
“Jika Nabi Muhammad SAW sudah memberitahu waktu berlakunya malam lailatul qadar, maka tidak ramai lagi umat Islam akan berusaha sebaliknya hanya menunggu dan beribadat pada malam itu saja dan tidak pada malam lain,” katanya.
-
Penelitian terhadap hadis Rasulullah SAW mendapati Baginda sekadar menyatakan malam lailatul qadar itu berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan selain malam ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan serta terdapat hadis menyatakan pada malam 27 Ramadan.
-
Malam lailatul qadar penuh dengan rahmat kepada umat Islam yang patuh mengerjakan ibadat sepanjang Ramadan.
 -
Beberapa ulama muktabar antaranya Imam Nawawi dan Ibnu Hazm berpendapat bahawa malam lailatul qadar bergilir dari setahun ke setahun, misalnya jika tahun ini berlaku pada malam 21 Ramadan, tahun hadapan akan berlaku pada malam 23 Ramadan.
 -
Jumhur ulama menyatakan lailatul qadar berlaku pada malam 27 Ramadan berdasarkan hadis daripada Ubai ibn Kaab:
“Bahawa Rasulullah SAW memerintahkan kami menunaikan ibadat pada malam itu dan awal pagi 27 Ramadan, tandanya ialah matahari pada awal pagi dalam keadaan tenang, putih dan tidak pucat cuacanya,” (riwayat Tirmizi).
Sahabat Rasulullah SAW, Ibnu Abas pula berijtihad bahawa malam lailatul qadar adalah malam ke-27 Ramadan berdasarkan penelitiannya terhadap rahsia surah al-Qadr.
 -
Beliau mendapati ada 30 perkataan dalam surah berkenaan dan perkataan ‘Salamun Hiya’ (Sejahteralah malam itu) terletak pada perkataan ke-27.
  -
“Bagaimanapun, apa yang Nabi Muhammad SAW tuntut bukanlah untuk mencari bilakah malam itu akan berlaku tetapi Baginda menyuruh supaya kita beribadat sebanyak mungkin pada 10 hari terakhir Ramadan.
 -
“Itu yang patut diperbetulkan dalam persepsi masyarakat dan diamalkan, malah sunnah Rasulullah, baginda sendiri menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan.
 -
“Jika kita kita beribadat terus-terusan pada 10 malam terakhir Ramadan, maka kita pasti akan beribadat pada malam lailatul qadar malah kita tidak akan rugi apa-apapun jika beribadat pada malam selain malam itu,” katanya.
 -
Justeru, seperti juga saranan Ibnu Qayyim, umat Islam seharusnya memperbanyakkan ibadat pada malam itu dengan membaca al-Quran, berzikir, beristighfar dan bertaubat, bertahajud, memohon doa, bersedekah jariah, bermuhasabah, bertafakur dan menangisi segala dosa silam.
 -
Amalan mulia pada 10 malam terakhir Ramadan wajar diteruskan pada bulan lain, kerana ia boleh membentuk peribadi dan akhlak Muslim sejati. Ibadat tidak sepatutnya pada Ramadan saja kerana hubungan Allah dan umat Islam perlu sentiasa diperkukuhkan.
 -
Sikap syukur kepada rahmat Allah akan mendekatkan manusia dengan pencipta-Nya. Perbanyakkan amalan pada 10 malam terakhir Ramadan, akan membentuk peribadi Muslim yang takwa dan sujud kepada Allah.

Monday, September 7, 2009

Merayap @ Melaka

Monday, September 7, 2009
Salam semua....

The story about what happen in this week during merayap2 kt melaka, hahaha.... Sebaik saje aku blk ke sini selepas bercuti time merdeka tu, mcm2 tempat aku dh merayap, hehe... But, aku x g merayap sorng, aku g dgn hero yg selalu kuar mlm iaitu batman!!! so, dgn bat mobile dia la kami merayap satu melaka... tapi, sebelum aktiviti2 merayap kami nie, aku ade sekali g berbuka dgn bdk2 umah aku iaitu dannie, danial, lisz n tetamu istimewa, farid di soul garden... actually, kami rancang pn last minit, coz kebetulan aku nk bila tiket raye... so, alang2 nk kuar, pe kate kite buke je kt luar... jd, soul garden lah tempat yg dipilih...

 
Gambar dekat Soul Garden
-
Sekarng, barulah bermula aktiviti merayap aku dgn batman, hehe... biasenya, tiap2 mlm kami g solat tarawikh dkt masjid mitc n lps je solat, mkn kt kdi ar-rahmah... tu aktiviti tiap-tiap hari... yg specialnye, first berlaku pd hr jumaat bersamaan 11/8/09. Seperti biase, kami solat jumaat dkt masjid mitc... lps je hbs solat n make-up2 skit, kami gerak ke dahtaran pahlwan... tujuannye, aku nk g shopping raye, hahahaha.. cian kt batman coz terpaksa bwk aku, tp duli ape aku, hehe... so, aku g shopping kt al-ikhsan, beli 2 helai baju... lps tu jln2 satu dp... then aku nmpk satu baju yg best kt satu kdi... so, nafsu nye psl, aku beli gak baju nie, huhu... hbs je shopping, singgah jap beli berbuka kt bukit baru, terus plng ke umah... mlm tu mmng letih gile aku... lps je berbuka n solat maghrin, terus tido lena....
-
 
baju raye aku

Then, hr ahad (6.9.09) kami buat mission merayap yg kedua... mission start sebaik je hbs berbuka n solat maghrib... first kami g isi minyak kt ayer keroh n merayap sekitar ayer keroh... lps tu aku g cr jersey man utd br kt taman cempaka... cr jersey ciplak je, murah.... lps je aku beli jesrey, kami plan nk g melantak kt klebang... tetapi, satu plan yg x diduga........... kami g naik eye of malaysia, haha... first time aku naik!! byr xde la mhl sgt klau ade mycard n student card... mula2 batman mls nk naik.. tapi, aku paksa gak dia smpi dia naik gak... rupa-rupanya batman ni muka je ganas mcm mat rempit, tapi takut tinggi, gayat... patut la dia xnk naik... menjerit mcm bdk kecik kt ats tu... ish2...

 
  
  
gambar2 at eye of malaysia
-
Lps naik eye of malaysia, br lah kami g melantak kt klebang... kami mkn roti john & ayam golek.. terbaik gk la... hbs mkn, mission selesai... pulang ke umah... maybe this mission will continue this coming week, insyaAllah....
-
adios & wassalam...

Sunday, September 6, 2009

Cinta vs Suka

Sunday, September 6, 2009
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.





Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.



Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Cite best

Salam semua....

Klau korng ade mase, pe kate mari kite baca satu cite yg menarik. Aku dpt cite nie dr satu website, mmng menarik n menyedarkan kn aku... So, ni link dia utk sesape yg nk baca:

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=568

Selamat Membaca...........

Wednesday, September 2, 2009

Renungan untuk kita bersama....

Wednesday, September 2, 2009
Salam semua...
-
Seorang mukmin memandang dosa-dosanya seperti orang yang duduk di bawah sebuah gunung, dia berasa takut jika gunung itu akan menimpanya.
Sedangkan seorang pendosa memandang dosa-dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya, lalu dengan menggerakkan tangannya sedikit sahaja, lalat itu akan =terbang.
[HR Bukhari]
 -
إنّ المؤمن يرى ذنوبه كأنّه قاعد تحت حبل يخاف أن يقع عليه
وإنّ الفاجر يرى ذنوبه كذباب مرّ على أنفه فقال به هكذا
Penilaian
Sahih. Kitab ad Da’awat, Bab at Taubah (6308)
Kilas
Orang beriman bersikap selalu takut kepada Allah dan berasa sentiasa diawasi oleh-Nya sehingga dia merasakan kecilnya amalan kebajikannya dan besarnya dosa yang dilakukan. Sikap inilah yang mendorong dirinya untuk bertaubat, tingkatkan amal dan berhati-hati agar tidak terjerumus dalam kemaksiatan.
Orang berdosa memandang enteng dosanya, lalu tidak memiliki keinginan untuk bertaubat dan menghentikan kemaksiatan, bahkan semakin terlarut dalamnya.
Sikap seseorang terhadap dosa akan mempengaruhi sama ada dia akan menjauhkan dirinya atau semakin larut dengan dosa tersebut.
Nilai Ruhiyah
1. Latarbelakang Perbezaan Sikap Terhadap Kemaksiatan dan Dosa
Orang Beriman
Besarnya takut kepada Allah dan siksa-Nya. Yakin telah lakukan kesalahan dan belum tentu mendapat keampunan daripada Allah.
Disebabkan cahaya yang menerangi hatinya. Seakan-akan telah lakukan dosa besar dan menjerumus kepada kebinasaan.
Pengetahuan mendalam akibat buruk dosanya sehingga merasakan dirinya sentiasa dalam bahaya.
Orang Berdosa
Kenal sedikit tentang Allah
Disebabkan kegelapan hatinya.
Disebabkan kejahilan, merasakan dengan mudah boleh menghalau lalat (dosanya)
2. Beberapa Sikap Manusia Terhadap Kemaksiatan dan Dosa
Perbezaan inilah yang akan menentukan besar kecilnya balasan dan cepat lambatnya kesedarannya terhadap dosa tersebut.
• Hanya memandang sebab dia melakukan kemaksiatan dan tujuan melakukannya
• Memandang bahawa dosa tidak lain merupakan takdir Allah yang tidak dapat ditolak
• Memandang dosa semata-mata kehendak dan perbuatan dirinya, bukan dari Allah
• Memandang semua yang terjadi adalah atas kehendak Allah, dan juga dirinya sendiri
• Menyedari dirinya dikuasai perangkap syaitan dan jerat nafsu syahwatnya
• Merasakan dirinya seorang hamba yang akan dipancung tuannya kerana bersalah
• Mengetahui hikmah Allah beri peluang dan kemudahan untuknya membuat dosa
 -
--------------------------------------------------------------
 -
Marilah kite same2 renung-renungkan tazkirah diatas. Bg pendapat aku x salah kalau kite nk bercouple, tp bercouple biarlah berlandaskan hukum yg telah ditetapkan. Terus terang aku cakap, aku sendiri teringin rase mcm mane rase bila seseorang yg kite suke menyayangi kite, apatah lagi dicintai. Memang sungguh indah apabila bercinta. Tetapi, igatlah jgn smpi cinta kite dikuasai syaitan. Carilah cinta yg diredhai-Nya. Janganlah cuba sekali pon utk berzina dengan pasangan kite. Bagi yg lelaki, tahan hawa nafsumu dengan keimanan & bg perempuan jagalah kesucianmu. Klau dh x tahan sgt, lakukan lah dgn cr yg halal iaitu dgn perkahwinan. Bila anda sudah berkahwin, xde sape yg larang anda utk berzina dgn isterimu. Ambillah sikap positif; segera bertaubat dan beramal untuk menutupi dosa. Jangan bersikap negatif; terlena dengan dosa lalu tidak timbul keinginan untuk berhenti dan bertaubat sehingga binasa dunia dan akhiratnya. Harap2 dgn tazkirah ini akan menyedarkan diri aku dan kawan-kawan aku yg lain. Bukan niat aku utk menghina mane2 pihak, tp tazkirah ni adalah utk diriku & sahabat2 yg aku sayang. Aku xnk sahabat2 yg aku sayang masuk neraka jahanam. Semoga kite semua ditempatkan di tempat orang yg beriman, insyaAllah....
-
wassalam....

Monday, August 31, 2009

Cuti @ Perak

Monday, August 31, 2009
Salam...
Cuti merdeka kali ini aku plan utk blk ke hometown-ku... so, aku ambik bas utk balik ke manjung, perak pd hr rabu yg lepas.. but before that, aku nk ucapkan ribuan terima kasih kt batman yg sudi hantar aku walaupun dlm keadaan hujan yg teramat lebat.. bukan tu saje, malah beliau juga berbuka sekali dgn aku n beliau juga yg membawa aku g bazar ramadhan n solat terawih kt mitc... thanks again...
-
Bila dh ade kt prk, mcm2 plan dlm kepala aku yg ingin dijalankan.. first sekali aku nk buka pose bersama famili yg ku cintai.. nk rase masakkan ibu-ku... then, aku ade plan utk remaja 1d a.k.a 1d boyz iaitu majlis berbuka puase.. alhamdulillah, majlis ini telah berjaya dijalankan pd hr sabtu yg lalu... utk mengetaui ape yg berlaku pd majlis ini, silalah ke blog rasmi 1d boyz... antara aktiviti yg lain aku buat time cuti merdeka ni ialah tadarus Al-Quran tiap2 mlm selepas solat terawih, qiamullail pd hr sabtu n aku blk kampung kt taiping utk melawat n berbuka puase bersama opah...
-
Itu je aktiviti2 yg aku jalankn pd cuti merdeka ini... InsyaAllah isnin mlm aku akan pulang blk ke melaka...
wasalam, adios...

Sunday, August 30, 2009

Thank you Diaby

Sunday, August 30, 2009
Man Utd 2-1 Arsenal
Manchester United took all three points in the first ‘Top Four’ clash of the season after a hard-fought win against Arsenal at Old Trafford. 

Perhaps unsurprisingly, with Dimitar Berbatov, Michael Owen, Nicklas Bendtner and Eduardo all on the bench, the first half was a tight, tense affair with both sides playing at pace but unable to create many clear-cut chances.

After a solid start by the visitors it was the home side who had the first promising chance of the game.

Wayne Rooney flighted a delightful chip into Darren Fletcher in the box who chested the ball down before turning and volleying over Manuel Almunia’s bar.

Rooney then almost caught a glimpse of goal himself but Thomas Vermaelen did well to ensure he couldn’t get on the end of Patrice Evra’s cross.

Yet the Gunners’ slick passing and movement was becoming more incisive than the home side’s and mid-way through the first half they were presented with a good opportunity.

Robin van Persie twisting and turning looked odds on to score after making space for himself in the area, but his shot was blocked by Evra.

Minutes later and a corner to the visitors was only flapped at by Ben Foster and fell straight into Andrey Arshavin’s path.

The Russian opened his body and aimed for the top corner but, much to the relief of the home crowd, the ball flew fractionally wide.

Yet with five minutes to go before the break, Arshavin was to provide the breakthrough as Arsenal took the lead.

After being flattened by Darren Fletcher moments earlier in the box, the Russian dusted himself down, picked up possession and advanced on goal before hitting a sublime effort past Foster to silence Old Trafford.

The Red Devils attempted to respond but were looking toothless in attack and within two minutes of the restart they had their goalkeeper to thank for preventing them from going two goals down.

Arshavin again was the creator, tormenting John O’Shea down the left before crossing for Van Persie.

The Dutchman got in front of Wes Brown and looked set to tap home but was denied brilliantly by Foster’s feet.

Indeed the Gunners were looking by far the better side at the start of the second half but were rocked on the hour mark when United snatched an equaliser.

Giggs slid a pass through to Rooney and he took a touch to take the ball past Almunia who brought the England international down leaving referee Mike Dean to point straight to the spot.

Up stepped Rooney who calmly sent the Spanish stopper the wrong way to continue his fine goalscoring start to the season.

Spot On Rooney Scores Again

Suddenly, a tepid game caught fire with the challenges flying in and the tempo raised several notches.

Van Persie smashed a free kick against the United bar and seconds later the home side took the lead after a Giggs free kick was headed past his own goalkeeper by Abou Diaby.

The hosts were jubilant yet Diaby almost made instant amends, surging into the box leaving three United defenders in his wake, before scuffing a cross-shot fractionally wide.

In search of an equaliser Wenger sent on strikers Bendtner and Eduardo but the Gunners simply couldn’t restore their earlier attacking impetus despite five minutes of added time.

Indeed the best chance of the closing stages were wasted by Dimitar Berbatov and Nani on the break although Van Persie did have the ball in the net late on but the flag had already gone up for offside.

A chaotic ending to the game saw Wenger sent to the stands but ultimately United held on for an important win to disrupt the Gunners’ superb start to the season.